Memori
Semalam, semasa saya sdg tidur nyenyak, tetiba je saya mimpi tentang band kitorang. Saya tak tahu camner saya mimpi, tapi yg saya pasti, masa saya dah sampai kat dunia mimpi tu, kitorang ada kat sebuah bukit.Bukit ni berbatu-batu ye. Tak tahu camner diorang boleh bina pentas kat tempat yg berbatu gila ni. Kitorang ni maksudnya, mike, melvin, jon, ivan, peng ern ngan saya. Kitorang tgh main sebuah lagu melayu, saya dah tak ingat melodinya(Berjam-jam saya cuba untuk memgimbas kembali tapi gagal). Semasa tgh main dgn syoknya, tetiba ada batu terjatuh kat pentas kitorang. Pentas tu pun roboh. Tiang tiang yg tinggi gila cam melvin pun jatuh menimpa instrumen kita. Hancur kecai band kitorang.
Persoalannya, adakah band kita dah hancur? Sebenarnya, saya agak rindu kat band kitorang. Dah lama tak jam sesama. Yg tinggal cumalah memori untuk kenang-kenangan. Kekadang, masa saya tgk balik gambar kitorang, rasa cam sebak. Air mata terkumpul tapi tak turun. Saya cam takleh terima kenyataan ni. Betapa saya harap kitorang leh jam lagu melayu sesama. Lagu best cam Itu Kamu, Lagu Untukmu, Pari-pari bawah angin dll. Saya gembira kerana band kitorang ni, boleh dikatakan hanya band bukan melayu yg main lagu melayu. Ni bermakna, kita ni ikhlas memainkan lagu. Kita tak kira bangsa, agama atau sebagainya. Yg kita kira hanya duit. Lawak je beb. Yg kita kira ialah melodi lagu mesti best.
Tapi saya tahu gak, member2 sekalianya memang sibuk mengejar masa depan mereka. Sebab itulah yg paling penting. Saya tak nafikan yg saya pun cam tu jugak. Saya tak mengharapkan apa-apa, cuma saya harap member2 sekalian akan sentiasa ingat band ini sampai bila-bila.
Janji rock! YS
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment